Pakaian tradisional Kebudayaan Palestin

Rencana utama: Palestinian costumes
Gadis berkostum Bethlehem pra-1885

Pengembara asing ke Palestin pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 sering mengulas tentang kekayaan pelbagai jenis pakaian tradisional dalam kalangan rakyat Palestin, khususnya dalam kalangan buruh tani atau wanita kampung. Sehingga tahun 1940-an, status ekonomi wanita, sama ada berkahwin atau bujang, dan bandar atau kawasan asal mereka boleh ditentukan oleh kebanyakan wanita Palestin berdasarkan jenis kain, warna, potongan, dan motif sulaman, atau ketiadaan apa-apa yang berkenaan, digunakan untuk pakaian seperti jubah atau "thoub" dalam bahasa Arab. [8]

Pengusiran dan pelarian Palestin 1948 menjurus kepada penjejasan dalam cara berpakaian dan adat resam tradisional, kerana ramai wanita yang telah dihalau tidak mampu lagi untuk meluangkan masa atau wang untuk pakaian bersulam yang kompleks. [9] Gaya baru mula muncul pada tahun 1960-an. Sebagai contoh, "pakaian bercabang enam" dinamakan sempena enam jalur sulaman lebar yang dijahit dari pinggang ke bawah. [10] Gaya ini datang dari kem pelarian, terutamanya selepas 1967. Gaya tersendiri dari setiap kampung telah lenyap dan digantikan dengan gaya "Palestin" yang mudah dikenal pasti. [11] Shawal, gaya yang popular di Tebing Barat dan Jordan sebelum Intifadah Pertama, berkemungkinan mekar daripada salah satu projek sulaman kebajikan di kem pelarian. Ia merupakan fesyen yang lebih pendek dan sempit, dengan potongan barat. [12] Keffiyeh, juga dikenali sebagai "hattah", ialah hiasan kepala tradisional berwarna hitam dan putih yang dipakai oleh petani Palestin. Sejak Pemberontakan Arab pada 1930-an, ia telah menjadi simbol penentangan Palestin yang ketara dalam konflik menentang Israel .

Pada tahun 2021, sulaman Palestin telah ditulis dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO. [5]

Rujukan

WikiPedia: Kebudayaan Palestin https://books.google.com/books?id=p7rOEAAAQBAJ https://books.google.com/books?id=Y8a5EAAAQBAJ&dq=... https://books.google.com/books?id=S44XAAAAYAAJ https://books.google.com/books?id=hcebK67IRhkC&pg=... https://web.archive.org/web/20070419034952/http://... https://web.archive.org/web/20080331031413/http://... https://web.archive.org/web/20070219004053/http://... https://web.archive.org/web/20190307153147/http://... https://web.archive.org/web/20170826033017/https:/... https://web.archive.org/web/20170107004702/http://...